Wednesday 8 April 2015

Teknik Jualan | Force Selling

Cara lembut soft selling dah guna, cara keras hard selling juga telah digunakan. Tetapi sekiranya pelanggan masih juga masih belum bertindak atau memberi respon untuk membeli, maka teknik jualan force selling akan digunakan.

teknik jualan force selling

Force atau memaksa caranya sama dengan hard selling. Tetapi dalam teknik force selling, jurujual akan meletakkan tempoh masa tertentu supaya pelanggan akan segera bertindak sekaligus terus melakukan belian.

Contoh ayat force selling adalah seperti berikut:

Produk XXX (harga biasa RM200)
Harga Promosi cuma RM100 (terhad 20 unit)
Promosi dari 1hb hingga 2hb 2013.
(Ini akan membuatkan prospek terus take action)

Cara ini sangat berkesan untuk membuat jualan segera dan menyelesai masalah pelanggan lambat beri respon. Cubalah cara ini :)

Teknik Jualan Hard Selling

Kelmarin saya dah kongsikan teknik jualan soft selling yang berkesan dalam membina hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan. Kali ini kita beralih pula kepada teknik jualan hard selling.

teknik jualan hard selling

Hard selling adalah satu kaedah jualan yang sememangnya memperlihatkan seorang jurujual tersebut sedang membuat jualan seperti melakukan promosi besar-besaran dan menerangkan segalanya mengenai produk terperinci termasuk harga dan sebagainya.

Cara ini berkesan digunakan apabila kaedah soft selling yang digunakan sebelum ini tidak berjaya membuat pelanggan melakukan sesuatu.

Ada kalanya, pelanggan tidak terus mengambil tindakan untuk membeli sebaliknya perlu diarahkan. Sesudah itu barulah pelanggan membeli.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :)

Teknik Jualan | Soft Selling

Dalam teknik jualan, ia terbahagi kepada beberapa bahagian dan cara. setiap satunya mempunyai seni dan tekniknya tersendiri. Kali ini saya akan terangkan teknik jualan soft selling.

teknik jualan soft selling

Soft selling (jualan lembut) sememangnya kena dengan nama teknik ini dimana jurujual tidak akan memaksa pelanggan untuk membeli produknya secara keras.

Sebaliknya ia menggunakan pendekan seperti menceritakan kebaikan produk, mendidik pelanggan tentang produk tanpa pelanggan tersebut rasa tidak selesa seperti dipaksa-paksa.

Sebaliknya cara ini matlamatnya adalah pelanggan tersebut akan dengan rela hati membeli setelah mengetahui kebaikkan dan kelebihan produk jualan.

Biasanya cara ini sesuai digunakan kepada pelanggan yang baru kali pertama melakukan urusan dengan jurujual tersebut. Dengan cara ini, jurujual akan berjaya mencipta satu hubungan yang akan berkekalan dalam jangka masa panjang.

Anda juga boleh cuba gunakan cara ini dalam menjalinkan satu ikatan dengan pelanggan anda. Selamat mencuba!

3 Cara Menjadikan Fan Pages Anda Professional

Untuk bermula sebagai usahawan di Facebook, tidak boleh tidak anda disarankan untuk mempunyai sebuah fan pages bagi tujuan memasarkan produk jualan anda. Kali ini saya akan kongsikan 3 cara menjadikan fan pages anda professional.



1. Mempunyai maklumat perniagaan lengkap

Facebook Fan pages adalah sama penting seperti membina laman web. Ia perlu mempunyai maklumat yang lengkap, menarik serta mudah untuk difahami oleh semua orang. Anda perlu memberi maklumat selengkap mungkin mengenai perniagaan anda. Ramai yang ingin tahu siapakah anda sebenar dan apakah perniagaan yang anda lakukan. Jadi masukkan maklumat lengkap tentang produk atau perkhidmatan yang anda jalankan di Facebook Fan pages.

2. Kerap post di wall Facebook Fan pages 

Ini adalah peluang anda untuk memberitahu ramai orang tentang perniagaan atau produk yang anda pasarkan. Anda perlu kerap mengemaskini Facebook Fan pages dengan segala informasi terkini dan promosi yang dijalankan. 

Anda perlu menjadi interaktif dengan orang-orang yang melawat Facebook Fan pages anda. Sentiasa berkomunikasi dengan mereka . Jika anda mempunyai acara atau aktiviti perniagaan gunakan Facebook Fan pages untuk mengumumkannya.

3. Bina rangkaian peminat "Hardcore" di Facebook Fan pages

Adalah penting untuk anda membina rangkaian peminat "Hardcore" anda yang tersendiri, dimana apabila anda mempunyai rangkaian peminat anda yang tersendiri adalah mudah bagi anda untuk menghasilkan jualan. 

Sebagai contoh Ain Maisaran iaitu penulis Novel terkenal beliau mempunyai 1000 orang peminat yang "hardcore" di Facebook. 1000 orang peminat ini memang akan beli produk beliau sekiranya beliau melancarkan sebarang produk baru. Air Asia pula mempunyai lebih 1 juta rangkaian peminat! Sebab itulah tawaran Air Asia sentiasa habis dalam tempoh yang pantas

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. 

Tiga Teknik Menjerat Pelanggan

Teknik menjerat pelanggan bukanlah sesuatu yang asing bagi peniaga yang sudah mahi dengan dunia perniagaan. Walaupun perkataan menjerat kedengaran seperti sesuatu yang tidak elok, tetapi ia tidak seperti yang difikirkan.

Teknik menjerat pelanggan sangat sesuai jika di aplikasikan di media sosial paling ramai pengguna iaitu Facebook.



Disini saya bocorkan kongsikan tiga cara berkesan dalam menjerat pelanggan

1. Buat mereka derita.
2. Beri pelanggan tawaran yang rugi ditolak.
3. Jerat mereka dengan ketakutan.


Buat Mereka Derita

Dunia hari ini penuh dengan emosi. Apa sahaja yang berlaku, semuanya melibatkan emosi. Kajian menjelaskan manusia membuat keputusan berlandaskan 90% emosi. Baki 10% pula adalah logik.

Ini menjelaskan bahawa perkataan emosi mempunyai kuasa dominasi yang besar dalam hidup mereka. Dari perspektif perniagaan, kita melihat ini sebagai umpan bagi menghasilkan jerat duit yang berkesan.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan emosi derita dalam kempen pemasaran Facebook. Hasilkan perkataan-perkataan yang membuatkan diri mereka kesal jika tidak membaca.

Sebagai contoh, jika produk kita adalah produk melangsingkan badan, maka penggunaan ayat emosi yang boleh membuatkan mereka derita adalah seperti berikut:

“Badan Gemuk... Sudah Buat Temujanji Dengan Kubur?”


Beri Pelanggan Tawaran yang Rugi Ditolak

Apa yang kita tawarkan, itu yang membantu para pelanggan membuat keputusan. 
Berdasarkan sebuah kajian kes yang dilakukan oleh jurujual di Malaysia, apabila kita memberikan tawaran yang kelihatan seperti berat sebelah pada pihak pelanggan, maka biasanya mereka akan termasuk dalam jerat kita.

Oleh yang demikian, hasilkan tawaran produk yang membuatkan mereka tidak ada sebab untuk menolak. Sebagai contoh:

Jika anda membeli _____, maka saya akan berikan anda 3 produk tambahan iaitu ____, _____, _____ secara 100% percuma. Bukan itu sahaja, jika anda tidak puas hati, anda boleh ambil balik 100% wang.

Anda boleh ambil produk itu jika mahu. Anggap ia sebagai hadiah dan tanda penghargaan daripada kami atas kepercayaan anda melakukan pembelian.


Jerat Mereka Dengan Ketakutan

Apabila melakukan kempen bisnes di Facebook, buat para pelanggan kita seram sejuk. Jangan beri mereka peluang untuk berfikir-fikir. Keadaan seperti ini akan membuatkan bisnes kita menjadi lebih parah.

Berikan ayat-ayat trauma seperti:
“Tawaran ini hanya untuk 7 orang pertama sahaja. Siapa lambat, dia perlu bayar harga XXX. Tidak ada lagi diskaun.”


Facebook Ads | Pilih CPC Atau CPM?


Kebanyakkan mereka yang memilih untuk menggunakan sumber periklanan di Facebook iaitu FB Ads, akan keliru untuk memilih samada pilih CPC atau CPM?

Sebenarnya kedua-dua piliha itu boleh digunakan dan ikut kepada beberapa faktor yang akan saya terangkan nanti.

Sebelum itu kita perlu tahu apa itu CPC dan apa itu CPM. CPC adalah singkatan untuk Cost Per Click dan CPM pula adalah singkatan Cost Per Impression

CPC- Iklan akan di cas berdasarkan kepada klik yang diterima. Katakan 1 klik iklan anda berharga RM0.06, kalau anda dapat 10 klik maka anda perlu bayar RM6. Jika tiada klik, tak perlulah anda membayarnya

CPM- Iklan akan di cas berdasarkan kepada 1000 paparan yang dilihat oleh pengguna. Katakan 1,000 paparan iklan kosnya RM0.06, kalau 10,000 maka anda perlu bayar RM6. Paparan iklan kemungkinan akan dilihat oleh pengguna yang sama.

Jadi antara CPC dan CPM, yang mana pilihan terbaik?

Berdasarkan kajian, sekiranya fan pages milik anda masih lagi belum mempunyai like mencecah 1,000 maka CPC adalah lebih di sarankan. Selain daripada kos yang dapat di bajet, iklan anda juga boleh dipaparkan kepada mereka yang betul-betul targeted.

Tetapi jika anda memilik fan pages yang atas daripada 1,000, CPM atau CPC boleh digunakan.

Anda boleh menjalankan sendiri kajian iklan berbentuk CPC atau CPM yang mana lebih lebih menguntungkan.

Sampai jumpa lagi!

Berkesankah Iklan Di FB Ads?


Masih ramai usahawan di Facebook yang tidak pernah menggunakan iklan berbayar di Facebook atau lebih dikenali dengan FB Ads. Hal ini terjadi mungkin disebabkan rasa tak tahu nak setting, takut dan merasakan FB Ads tidak penting.

Sebenarnya FB Ads mampu meningkatkan sales dan like pada fanpages anda jika kena dengan cara yang anda lakukan.

Malah, like yang dapat daripada FB Ads lebih berkualiti daripada like yang anda beli dari penjual like. Walaupun anda mempunyai fanpages yang besar mempunyai puluhan ribu like, namun sekiranya mereka yang like pages anda adalah secara rambang maka agak susah untuk anda membuat jualan.

Berbanding like yang diperolehi daripada FB Ads, ia lebih targeted kerana like tersebut terhasil dari mereka-mereka yang berminat dengan produk yang anda iklankan.

Sekiranya saya mempunyai masa, akan saya kongsikan di masa hadapan bagaimana mahu setting iklan pada FB Ads.

Hingga bertemu lagi