Wednesday 8 April 2015

3 Cara Pemasaran Berkesan Di Facebook


Ramai usahawan internet sekarang ini telah beralih membuat pemasaran di Facebook. Mengapa Facebook? Jawapannya kerana di sana ramai pengguna yang menggunakan Facebook yang berpontensi menjadi pelanggan mereka.

Namun begitu, tidak semua usahawan yang menjual produk mereka di Facebook berjaya mendapatkan jualan seperti yang di harap-harapkan. Agak-agak anda kenapa?

Di sini saya kongsikan 3 tips pemasaran di Facebook yang telah saya perolehi daripada email dari Majalah Niaga.

Kaedah pemasaran melalui facebook yang terbukti berkesan

1. Tambah friends yang berpotensi menjadi pelanggan.

Periksa senarai friends anda di FB. Adakah mereka terdiri daripada friends yang berpotensi menjadi pelanggan atau sebaliknya. 

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan wanita di FB, sudah tentu anda sukar untuk mendapat jualan jika 80% friends di FB adalah dari golongan remaja lelaki yang tiada keinginan untuk membeli produk wanita.

Ambil contoh kami. Majalah Niaga mensasarkan pembaca di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang berminat dengan informasi mengenai tip-tip keusahawanan. 

Jadi, kami hanya pastikan friends kami di FB dari golongan usahawan dan bakal usahawan sahaja.

Supaya apabila kami berkongsi tentang tip keusahawanan atau keluaran terbaru Majalah Niaga, mereka berpotensi besar untuk membacanya dan share kepada rakan-rakan.


2. Jumlah friends yang minima adalah 2, 500 orang.

Ada satu kes yang ingin kami kongsikan bagaimana seorang peserta seminar mengadu gagal mendapat jualan di FB. 

Apabila kami semak, FB beliau hanya mempunyai 5 friends sahaja. 3 daripadanya tiada profile picture, baki 2 lagi ialah anak-anak beliau! 

Ianya sangat mustahil untuk mendapat jualan apabila jumlah friends di FB hanya 5 orang. 

Pastikan jumlah friends sekurang-kurangnya 2500 untuk kita mendapat jualan secara konsisten di FB. 

90% daripadanya ialah golongan yang berpotensi menjadi pelanggan kita! 

Apabila menjual baju untuk kanak-kanak, add seramai mungkin golongan-golongan wanita yang berstatus ibu. Mereka berpotensi besar untuk membeli produk kita!


3. Formula 80:20

Apakah maksud formula 80:20? 

Apabila berkongsi 8 kali, hanya 2 kali sahaja kita mempromosi produk kita. Atau apabila berkongsi 4 kali di wall FB kita, hanya 1 kali sahaja kita mempromosi produk kita.

Menurut kajian, semakin banyak kita mempromosi produk kita di FB, semakin ramai orang membenci kita. 

Orang hanya membeli produk dari orang yang dipercayai dan disukai oleh mereka.

Sebagai contoh, kami andaikan anda menjual koleksi tudung dan baju muslimah, anda boleh berkongsi 'behind the scene'. Maksudnya anda bercerita mengenai di sebalik tabir perniagaan.

Contohnya, berkongsi gambar produk sudah dibungkus untuk diposkan, berkongsi jumlah jualan pada hari ini, berkongsi gambar stok yang baru sampai dan berkongsibagaimana kita mengurus tempahan setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment